Hornets atasi Toffees, padam igauan dibelasah Reds

Iklan
Ranieri berkata sesuatu kepada King yang tampil luar biasa semasa perlawanan menentang Everton di Goodison Park. FOTO: Premier League

PENGENDALI Watford, Claudio Ranieri memuji karakter dalam kalangan pemain The Hornets apabila melupakan kekalahan 0-5 kepada Liverpool minggu lalu untuk bangkit menewaskan Everton 5-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park.

Watford bangkit ketinggalan sebanyak dua kali dan menjaringkan gol dalam tempoh 13 minit untuk melakar kemenangan di laman lawan pertama kali buat Ranieri selepas dilantik pengendali Hornets.

Iklan
Iklan

Ranieri berkata, perlawanan Watford menentang Everton merupakan aksi yang penuh 'kegilaan' kerana pelawat melepaskan peluang menjaringkan gol, manakala tuan rumah melepaskan lima gol selain peluang menjaringkan gol.

"Biarpun begitu saya amat berpuas hati selepas pemain-pemain berjaya melupakan kekalahan 0-5 kepada Liverpool apabila memberikan tindak balas positif terhadap perlawanan ini.

Iklan

"Ya, apabila lawan melepaskan lima gol di laman sendiri ia sesuatu yang lucu bagi anda, namun tidak kepada Watford yang mengalami situasi sama minggu lalu di laman sendiri.

"Saya minta para pemain Watford supaya tidak berputus asa dan mengalah, sebaliknya fokus kepada corak permainan pasukan. Kita perlu memperbaiki corak bertahan lebih baik berbanding perlawanan hari ini, dan saya percaya semua pemain mula memahami falsafah bola sepak saya,” ujar Ranieri.

Iklan

Pada perlawanan itu gol Hornets dijaringkan Joshua King (23', 80', 86'), Juraj Kucka (78') dan Emmanuel Bonaventure (91'), manakala gol tuan rumah dijaringkan Tom Davies (3'), Richarlison (63').

Mengenai prestasi luar biasa bekas tonggak The Toffees, King, Ranieri memuji penampilan bertenaga pemain Norway yang bersama Everton separuh musim Goodison Park sebelum ini kurang menyerlah tanpa sebarang jaringan.

"Saya tidak tahu mengapa dia kurang menyerlah di Everton sebelum ini, namun pada saya dan para pemain Watford lain, dia merupakan penyerang yang terbaik.

"Ini tidak hanya kerana dia menjaringkan hatrik tetapi juga cara permainannya yang menarik dalam menggerakkan bahagian tengah,” katanya.

Untuk rekod, King menjadi pemain ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) menjaringkan hatrik ketika menentang kelab lamanya Everton selepas Andy Cole (Manchester United-Newcastle United), Marcus Bent (Wigan-Blackburn Rovers).