NEW DELHI - INDIA. Seorang perogol menerima balasan setimpal apabila maut disambar api ketika cuba membakar mangsanya dalam kejadian di utara Kolkata, awal minggu ini.
Polis berkata, suspek meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 35 tahun pula melecur di muka dan tangan.
Mangsa memberitahu polis, suspek datang ke rumahnya ketika dia bersendirian.
"Selepas memperkosa mangsa, suspek berusia 42 bertindak mencurah minyak tanah ke badan mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa bertindak memeluk lelaki itu menyebabkan kedua-duanya disambar api," kata pegawai polis, Sajal Kanti Biswas.
Kejadian disedari penduduk kampung selepas melihat asap dari rumah mangsa.
Mangsa dan penyerangnya kemudian dikejarkan ke hospital Malda. - Agensi