Taliban lancar program atasi kelaparan

Iklan
Kerajaan Taliban melancarkan program mengatasi kelaparan dalam kalangan penduduknya. - Foto fail AP

KABUL - Kerajaan Taliban melancarkan program mengatasi kelaparan dalam kalangan penduduknya.

Antara lain, ia menawarkan ribuan rakyat Afghanistan gandum sebagai pertukaran tenaga kerja.

Iklan
Iklan

Ketua jurucakap Taliban pada satu sidang media di selatan Kabul berkata, skim ini akan dilancarkan di sekitar pekan dan bandar Afghanistan.

Ia bakal menggajikan 40,000 lelaki di Kabul.

Iklan

Menurut Zabihullah Mujahid, untuk jangka masa panjang, ia adalah langkah penting untuk membasmi pengangguran.

Beliau turut menekankan bahawa, pada masa sukar, buruh perlu bekerja keras untuk teruskan kehidupan.

Iklan

Afghanistan yang sedang dihimpit kemiskinan, kemarau, terputus bekalan elektrik dan kegagalan sistem ekonomi kini berdepan pula dengan permulaan musim sejuk terburuk.

Skim makanan untuk bekerja ini tidak akan membayar pekerja sebaliknya menyasarkan mereka yang kini menganggur dan paling berisiko berdepan kelaparan pada musim sejuk.

Program dua bulan itu akan menyaksikan 11,600 tan gandum diedarkan di ibu negara, dengan kira-kira 55,000 tan diagihkan ke tempat lain di negara itu.

Ini termasuk Herat, Jalalabad, Kandahar, Mazar-i-Sharif dan Pol-i-Khomri.

Kerja buruh di Kabul termasuk menggali saluran air dan teres tadahan salji di bukit untuk menghadapi musim kemarau.- Awani