KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat jam 11.59 malam Ahad (24 Oktober) adalah sebanyak 94.6 peratus atau seramai 22,143,545 orang.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Iklan
Iklan
Sejumlah 124,530 dos suntikan turut diberikan pada Ahad melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291 dos.
Setakat Ahad juga, sebanyak 1,622,869 atau 51.6 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.1 peratus atau 2,552,468 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sejumlah 8,438 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberi pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 101,590 dos. - Bernama