Raja Salman akan ketuai Arab Saudi ke Sidang Kemuncak Pemimpin G20

Iklan
Raja Salman

RIYADH - [DIKEMAS KINI] Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi dan mengambil bahagian secara maya dalam perhimpunan dua hari Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom, memenuhi jemputan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Arab Saudi menzahirkan penghargaannya atas usaha yang dilakukan Itali untuk memastikan tugas Presiden G20 berjaya tahun ini menerusi tindakan bersama dan menegaskan kesungguhannya untuk meneruskan usaha bagi menjayakan sidang kemuncak itu, umum Istana Diraja dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Sidang kemuncak yang bakal berlangsung itu dipengerusikan Itali dengan tema 'Manusia, Planet, Kemakmuran' ('People, Planet, Prosperity') dan akan memfokuskan kepada Pemulihan daripada Pandemik Covid-19 dan Pengukuhan Tadbir Urus Kesihatan Global, Pemulihan dan Ketahanan Ekonomi, Perubahan Iklim dan Peralihan Tenaga, dan Pembangunan Lestari dan Keselamatan Makanan. - Bernama

Iklan
Iklan