4 maut dalam runtuhan gunung berapi di Ecuador

Iklan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada Ahad dalam kejadian runtuhan salji di gunung berapi Chimborazo di tengah Ecuador. - Foto AP

QUITO - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh pada Ahad dalam kejadian runtuhan salji di gunung berapi Chimborazo di tengah Ecuador, menurut Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911 negara itu.

Runtuhan itu menimpa sekumpulan 12 pendaki yang sedang mendaki gunung itu pada ketinggian kira-kira 6,100 meter, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Selepas kejadian itu dilaporkan pada 6.30 pagi waktu tempatan (1130 GMT), Kumpulan Gerak Khas Polis Nasional, jabatan bomba tempatan dan sebuah helikopter polis dihantar untuk menyelamatkan para pendaki, yang kewarganegaraannya belum didedahkan, menurut Xinhua.

Akses ke Rizab Penghasilan Fauna Chimborazo, yang mengelilingi gunung berapi itu, telah ditutup.

Iklan

Chimborazo adalah gunung berapi dan gunung tertinggi di Ecuador, dengan ketinggian 6,263 meter dari paras laut. Puncaknya yang dilitupi salji adalah puncak popular dalam kalangan pendaki tempatan dan asing. - Bernama

Iklan