KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada Isnin mengesahkan set tren transit aliran ringan (LRT) yang didakwa terbiar di Ulu Yam, Selangor dan menjadi tular menerusi video di YouTube baru-baru ini, bukan lagi milik pihaknya.
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan, hak milik set tren itu dipindahkan kepada CRRC Zhuzhou (sebelum ini CSR Zhuzhou) pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada program beli-semula untuk pembelian 50 set tren baharu yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT laluan Ampang-Sri Petaling.