PSG gagal kutip tiga penuh di Marseille

Iklan
Seorang peminat ditahan oleh pihak keselamatan selepas cuba medekati Messi pada separuh masa kedua.

PENDAHULU Ligue 1, Paris St Germain gagal mengutip tiga mata penuh selepas sekadar mencatatkan keputusan seri ke atas seteru utamanya, Olympique de Marseille.

Dalam perlawanan tersebut, PSG terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas tonggak pertahanannya, Achraf Hakimi dilayangkan kad merah pada babak kedua permainan.

Iklan
Iklan

Situasi perlawanan antara dua gergasi Perancis itu turut tegang apabila penyokong Marseille membaling objek ke arah penyerang Paris Saint-Germain Neymar selain insiden seorang lelaki menceroboh masuk padang dan mengganggu Messi yang menyaksikan perlawanan terpaksa diberhentikan sementara waktu.

Pertembungan itu juga menyaksikan dua jaringan tidak dibenarkan pada babak pertama kerana ofsaid, di mana satu daripadanya merupakan gol sendiri oleh pertahanan Marseille, Luas Peres manakala satu lagi daripada Arkadiusz Milik.

Iklan

Dengan keputusan tersebut, skuad kendalian Mauricio Pochettino kekal di tangga teratas Ligue 1 dengan 28 mata daripada 21 perlawanan manakala Marseille di tangga keempat.

Dalam pada itu, Pochettino memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya pada perlawanan itu sambil menyifatkan skuad kendaliannya itu tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol.

Iklan

"Saya rasa mereka bermain sangat baik, cuma kami tidak mampu untuk memperoleh gol.

"Pasukan ini menunjukkan karakter yang bagus dan yang penting adalah identiti dan stail permainan,” katanya.