KULIM - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kulim Mahang di sini hilang pendapatan kira-kira RM1 juta daripada hasil kebun sawit miliknya.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, Adtec tidak dibenarkan mengambil hasil kebun seluas 20 hektar itu sejak empat tahun lalu.
Iklan
Iklan
"Pusat latihan ini mempunyai 40 hektar tanah dan 20 hektar daripadanya dibangunkan bagi pejabat pengurusan dan pusat latihan. Lagi 20 hektar di belakang ditanam kelapa sawit. Hampir empat tahun tidak ambil hasil kerana tiada kebenaran daripada kementerian.
"Sekarang Pengarah Adtec kata tak cukup wang. Nak paten RM15,000 pun tak cukup,” katanya pada sidang media ketika lawatan kerja di Adtec Mahang di sini, hari ini.
Menurutnya, justeru beliau akan mengarahkan tindakan diambil segera esok
Iklan
"Empat tahun kita sudah rugi. Jadi lawatan saya di seluruh negara ialah untuk ambil tahu situasi terkini,” katanya.
Iklan