Guardian sumbang 10,000 pek #guardiancare bernilai RM400,000

Iklan
Beberapa pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya gembira menerima pek #guardiancare.

SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) menerusi inisiatif #guardiancare menyumbangkan 10,000 pek #guardiancare bernilai RM400,000 kepada kanak-kanak di 30 buah sekolah di seluruh negara menerusi kerjasama Yayasan Perintis Malaysia.

Ketua Pemasaran, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, setiap pek #guardiancare mengandungi Buku Panduan Covid-19 yang telah diluluskan, produk kebersihan diri seperti pencuci tangan, cecair pembasmi kuman, topeng muka, tisu dan vitamin Gummies untuk kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Pek-pek #guardiancare ini akan diagihkan kepada kanak-kanak dari golongan B40 di sekolah-sekolah yang dikenal pasti oleh stor Guardian yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Teo berkara, sumbangan itu merupakan salah satu teras utama inisiatif #guardiancare iaitu kesihatan, komuniti dan alam sekitar yang berpaksikan pada sentimen ‘kerana saya peduli’.

Iklan

Menurutnya, melalui inisiatif itu, Guardian akan memberikan tumpuan kepada penjagaan kesihatan pelanggan dan masyarakat sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-54.

"#guardiancare merupakan inisiatif yang lestari, prihatin terhadap pelanggannya, pilihan membeli-belah yang mereka miliki dan komuniti di mana mereka tinggal,” katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, menerusi teras kedua iaitu komuniti, Guardian mempunyai jaringan ahli farmasi terbesar di Asia Tenggara yang akan mendidik komuniti secara aktif mengenai isu-isu kesihatan utama, terutamanya dalam musim Covid-19 menerusi platform media sosial Guardian dan pengaktifan di stor.

"Untuk menjaga alam sekitar, Guardian telah memperkenalkan beg #guardiancare mesra alam dan boleh diguna semula di stor mereka yang kini dijual dengan harga hanya RM1.

"Sempena dengan Hari Alam Sekitar Kebangsaan Malaysia yang disambut pada 21 Oktober 2021, kami ingin mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di stor dengan menggalakkan pelanggan untuk menggunakan beg #guardiancare yang boleh diguna semula berkali-kali dan tahan lama.

"Beg-beg ini mampu menampung lebih banyak beban berbanding beg plastik sekali guna. Dengan cara ini, kedua-dua pelanggan dan Guardian dapat bersama-sama menjaga alam sekitar,” jelasnya.

Beliau berkata, sempena meraikan bulan ulang tahun itu, Guardian telah mengadakan Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54, di semua platform media sosialnya, dengan tawaran hebat potongan 54 peratus untuk pembelian item kedua bagi barangan penjagaan diri, penjagaan kesihatan dan penjagaan kulit, produk rambut dan mandian Botaneco.

Sementara itu, Teo berkata, melalui Promosi Beli 1 Percuma 1 untuk produk kosmetik termasuk peraduan Beli & Menang di Facebook Guardian, pelanggan hanya perlu ‘like’ posting Beli & Menang Bonanza Membeli-Belah Ulang Tahun ke-54 dan menghantar resit pembelian mereka di Guardian bermula 1 Oktober hingga 27 Oktober untuk merebut peluang memenangi lima hadiah berupa Kotak Kejutan bernilai RM400 sekotak.

"Menerusi peraduan Beli, Wave dan Menang dengan MyDebit yang berlangsung pada 1 Oktober hingga 31 Disember 2021 pula, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum RM30 dalam satu resit menggunakan kad ATM MyDebit mereka dan berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah menarik bernilai RM520,000 dalam tiga cabutan bulanan.

"Selain itu, terdapat juga tawaran GrabPay di mana pelanggan akan menerima diskaun RM6 apabila berbelanja minimum sebanyak RM60 dalam satu resit menggunakan GrabPay yang sah dari 1 sehingga 31 Oktober 2021,” katanya.

Pelanggan boleh mengakses paparan #guardiancare di laman web kami di www.guardian.com.my atau mana-mana platform media sosial, FB, Instagram dan Tik Tok.