Perdana Menteri ditahan, Sudan isytihar darurat

Iklan
Sejak rampasan kuasa gagal pada 21 September, ia telah mencetuskan ketegangan antara tentera dan pihak kerajaan peralihan. -Foto Xinhua

KHARTOUM - Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Abdel Fattah Al-Burhan pada Isnin mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan membubarkan kerajaan peralihan, lapor Xinhua.

Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas pihak tentera menahan pemangku Perdana Menteri Abdalla Hamdok, pegawai kerajaan peralihan dan beberapa menteri, menurut Kementerian Penerangan dan Komunikasi Sudan.

Iklan
Iklan

Sejak rampasan kuasa gagal pada 21 September, ia telah mencetuskan ketegangan antara tentera dan pihak kerajaan peralihan.

Sudan ditadbir kerajaan peralihan selepas bekas Presiden Omar al-Bashir digulingkan pada April 2019. Kerajaan peralihan itu dibentuk sementara menunggu pilihan raya diadakan. - Bernama

Iklan
Iklan