Noeleen Heyzer dilantik sebagai utusan khas ke Myanmar

Iklan
Dr Noeleen Heyzer

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), António Guterres pada Isnin melantik Noeleen Heyzer dari Singapura sebagai utusan khasnya yang baharu ke Myanmar, kata pejabat akhbarnya.

Heyzer menggantikan Christine Schraner Burgener dari Switzerland, menurut Xinhua.

Iklan
Iklan

Heyzer ialah ahli Lembaga Penasihat Peringkat Tinggi Setiausaha Agung PBB mengenai Pengantaraan.

Beliau merupakan wanita pertama yang berkhidmat sebagai setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik dari 2007-2014.

Iklan

Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat khas setiausaha agung PBB ke Timor-Leste dari 2013 hingga 2015. Pada 2008-2009, beliau bekerjasama erat dengan ASEAN, kerajaan Myanmar dan PBB dalam usaha pemulihan selepas Taufan Nargis dan mengetuai dialog dengan pemimpin Myanmar mengenai pembangunan dan pengurangan kemiskinan. - Bernama

Iklan