Quartararo gembira tebus kekecewaan

Iklan
Quartararo memecut laju meninggalkan pelumba-pelumba lain pada GP Emilia Romagna, Ahad lalu. - Foto AP

JUARA MotoGP musim 2021, Fabio Quartararo mengakui puas apabila berjaya menebus kegagalan musim lalu untuk bergelar juara mutlak bagi saingan MotoGP musim ini.

Menurut Quartararo, lebih berbangga apabila kejayaan itu telah menjadikannya sebagai pelumba Perancis pertama memenangi kejuaraan MotoGP.

Iklan
Iklan

"Saya kehilangan kata-kata dan rasanya sudah tiada lagi air mata untuk saya tangiskan bagi meraikan kejayaan ini.

"Sebelum ini, saya tidak pernah memenangi apa-apa gelaran ketika beraksi di Moto2 dan Moto3.

Iklan

"Ia membuatkan saya terlalu gembira kali ini kerana selain muncul pelumba Perancis pertama memenangi MotoGP, saya juga telah membantu pasukan Yamaha yang tidak ketandungan kejuaraan sejak musim 2015 lalu,” katanya.

Biarpun sekadar menamatkan GP Emilia Romagna pada kedudukan keempat Ahad lalu, Quartararo mengesahkan status selaku juara MotoGP musim ini apabila meraih 267 mata.

Iklan

Biarpun masih berbaki dua perlumbaan untuk ditamatkan musim ini, mata yang diraih pelumba berusia 22 tahun itu ternyata sudah tidak boleh dicabar lagi oleh mana-mana pelumba.

Sementara itu, Quartararo gembira kerana berjaya menangani tekanan berikutan tindakan memendekkan jadual bagi saingan MotoGP musim ini berikutan pandemik Covid-19.

"Biarpun musim ini berlangsung dengan agak sukar, namun saya masih berjaya menamatkan saingan pada kedudukan kelapan setelah 14 pusingan sebelum ini.

"Oleh itu, ia membuktikan, walaupun sedang berada dalam situasi yang tidak baik, saya hanya perlu kekal tenang dan ternyata membuatkan prestasi saya meningkat sehinggalah pada ketika ini,” katanya.