SAN FRANCISCO - Dua terbunuh manakala beberapa lagi cedera, termasuk seorang pegawai polis selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat beli-belah di Boise, Idaho pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa tempatan dipercayai hanya terdapat seorang lelaki bersenjata dan suspek sudah ditahan, lapor Agensi Berita Xinhua.
Motif kejadian masih belum dapat dipastikan. Gabenor Idaho Brad Little berkata, pihaknya bersedia untuk membantu siasatan Jabatan Polis Boise berhubung kejadian itu. - Bernama