SHAH ALAM - Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan kes menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC itu.
Perintah reman ketiga-tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 40 dan 57 tahun sehingga 29 Oktober itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).