Kos kemasukan pekerja asing ditanggung majikan

Iklan
Hamzah Zainuddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Semua kos kemasukan pekerja asing ke negara ini termasuk kuarantin dan ujian saringan Covid-19 ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan Mengenai Pengurusan Pekerja Asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perladangan menjadi sektor pertama yang dibenar untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu.

"Majikan bertanggungjawab untuk menanggung semua kos untukmembawa masuk pekerja asing ke negara ini," katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 serta Sabah dan Sarawak.

"Tempoh kuarantin diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari di pusat kuarantin yang telah diperakui kerajaan," katanya.

Iklan

Pada 22 Oktober lalu, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk membenarkan kemasukan pekerja asing, khususnya dalam sektor perladangan.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan mengikut kes.