KUCHING - Guru yang dilaporkan enggan menerima vaksin kini telah mula mendapatkan dos pertama mereka.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, sejak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan penjawat awam diwajibkan mengambil vaksin Covid-19, sesetengah guru yang dilaporkan enggan menerima vaksin kini telah mula mendapatkan dos pertama mereka.
"Apa yang paling penting adalah sekiranya guru-guru yang tidak divaksin ini menjejaskan operasi sekolah, tindakan segera akan diambil termasuklah membuat pertukaran terutamanya guru pendidikan khas yang sentiasa bersama murid secara fizikal dengan murid berkeperluan khas,” katanya. - Bernama