170 kes tangkapan ular

Iklan
Nazili (tiga kanan) beramah mesra dengan peserta kursus selepas tamat latihan kursus pentauliahan Pegawai Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor

TUMPAT - Perubahan cuaca dengan musim hujan menyebabkan kes tangkapan ular meningkat apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima 170 panggilan sepanjang tahun ini.

Sementara 190 panggilan adalah untuk haiwan berbisa lain.

Iklan
Iklan
Pengarah Bomba JBPM Kelantan, Nazili Mahmood berkata, angka itu menunjukkan sedikit peningkatan apabila musim hujan melanda Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia membantu orang ramai kerana anggotanya sudah diberi pendedahan dan kepakaran menangkap binatang berbisa tersebut.

"Musim hujan ular ini akan masuk ke dalam rumah dan kenderaan mencari tempat berlindung.

Iklan

"Sekiranya berdepan dengan ancaman ular ini, hubungi pihak bomba dan pada masa yang sama awasi pergerakan ular itu sebelum bantuan tiba," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikian Majlis Tamat Latihan Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Pengakalan Kubor di sini, hari ini.

Iklan

Seramai 85 pegawai telah menamatkan sesi latihan yang berlangsung selama 10 hari.