Lelaki rogol anak saudara bawah umur dijel, sebat

Iklan
Tertuduh berusia 49 tahun dipenjara 12 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku salah merogol anak saudaranya berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu jentera berat dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa selepas mengaku salah merogol anak saudaranya hujung September lalu.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia 49 tahun itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus, kira-kira jam 4 pagi, pada hujung September 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan iaitu meliwat mangsa yang sama di lokasi, waktu dan tarikh yang sama.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan itu tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Iklan

Mahkamah menetapkan 29 November depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.