KUALA LUMPUR - Pas bersetuju konsep Keluarga Malaysia berteraskan keterangkuman dan kebersamaan diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 dan Bajet 2022.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara seterusnya mengajak semua pihak menjayakannya demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.