Cecair vape bernilai RM89,000 dirampas

Iklan
Perisa vape yang ditemui di tebing pengkalan haram berkenaan.

RANTAU PANJANG - Sebanyak 890 botol cecair rokok elektronik atau vape pelbagai perisa bernilai RM89,000 yang dipercayai tidak sempat di seludup ke negara jiran ditemui Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) di Pengkalan Haram Epek di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, dalam rondaan jam 3 pagi itu, anggotanya menemui kotak berkenaan yang diletakkan di tebing sungai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan awal ke atas isi kandungan tiga kotak tersebut menemui botol-botol cecair vape pelbagai perisa yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, setelah menunggu hampir satu jam, tiada individu yang datang menuntut barang berkenaan dan pihaknya bertindak merampas barangan tersebut untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 13(A) Akta Racun 1952.