BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang pengedar dadah, serta 52 penagih termasuk 10 wanita dalam serbuan di lapan lokasi di bawah Ops Sarang Khas di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi lapan jam bermula jam 10 pagi di lokasi yang menjadi tumpuan atau ‘port’ penagih.