Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setakat ini, saringan yang dijalankan telah mengesan sebanyak 49 individu positif.
"Kluster tersebut tercetus melalui majlis sambutan hari jadi seorang penduduk (kes indeks) yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.
"Sambutan hari jadi itu diadakan di rumah ahli keluarga lain yang dihadiri oleh kes indeks," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, sebanyak 565 kes baharu telah direkodkan hari ini.
Katanya, jumlah kes melalui saringan bergejala kekal tinggi, iaitu sebanyak 213 kes atau 37.70 peratus daripada kes keseluruhan.
"Penarikan balik sekatan-sekatan tertentu kegiatan ekonomi dan sosial telah merancakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan perhimpunan sama ada di tempat kerja atau di tempat awam. Ini meningkatkan risiko jangkitan virus secara sporadik," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 96.11 peratus daripada keseluruhan kes hari ini adalah merupakan Kategori 1 dan 2.
Manakala, terdapat tiga kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5. - Awani