Orang asli perlu miliki sekurang-kurangnya satu kemahiran

Iklan
Ramakrishnan (dua, kiri) ketika beramah mesra bersama pelajar orang asli dalam Program Kem Pintar 2.0 di Kem Teluk Gorek.

MERSING - Masyarakat orang asli disaran memiliki sekurang-kurangnya satu kemahiran dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka.

Exco Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Dr S Ramakrishnan berkata, pihaknya akan lebih giat turun padang di kawasan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) selepas portfolio itu dipindahkan dibawah pentadbirannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tugasan Jakoa diambil alih pejabatnya susulan kerajaan persekutuan memindahkan Jakoa kepada Jabatan Perdana Menteri di bawah Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

"Kami di negeri ikut langkah Kerajaan Pusat buat perubahan. Baru dua bulan menteri umum Disember tahun lepas perkara ini.

Iklan

"Perkara pertama yang saya mahu buat untuk Jakoa adalah satu kempen kesedaran tentang memiliki kemahiran.

"Saya akan lebih turun padang dedahkan mereka betapa penting kemahiran. Sasaran masyarakat orang asli walaupun duduk di pedalaman kena dedahkan mereka,"katanya.

Iklan

Tambahnya, kemahiran tersebut tidak kira sama ada berunsurkan pertanian, hospitaliti atau sebagainya apa yang penting setiap seorang mesti mempunyai kemahiran.

Jelasnya, pihak Jakoa akan membantu salurkan masyarakat ini ke institut latihan berkaitan yang mempunyai kursus kemahiran dalam usaha tersebut.

"Di Johor ada empat Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik dan vokasional. Kesedaran betapa penting kemahiran itu kita dapati sangat rendah. Pada masa sekarang mereka yang ada kemahiran mereka lebih cepat dapat kerja.

"Sekiranya ini berlaku maka akan mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap kerajaan dan tidak hanya berharap pada bantuan kerajaan semata-mata,"katanya lagi.