PUTRAJAYA- Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Presint 5, semalam.
Bapanya Md Rizal Ramdzan, 42, berkata beliau lima sekeluarga termasuk anak keduanya itu Keisya Nawrah, 11, pada mulanya amat teruja semalam dengan rancangan percutian ke Janda Baik di Pahang minggu ini, namun pada sebelah petang ia bertukar menjadi tragedi.