KUANTAN - Dua pemimpin Pas Pahang hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.
Kedua-dua pemimpin terbabit, Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang juga Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik.