Beli kucing secara dalam talian, guru tadika rugi RM70,000

Iklan

SEREMBAN - Gara-gara membeli seekor kucing secara dalam talian, seorang guru tadika rugi hampir RM70,000 akibat menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai penjual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, kejadian berlaku pada jam 10.52 pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa berusia 25 tahun itu ketika di rumah sedang melayari laman Facebook sebelum terlihat iklan penjualan haiwan peliharaan kucing baka Scottish di Indonesia.

Beliau berkata, mangsa berminat untuk membeli dan berurusan dengan penjual kucing tersebut di nombor telefon +62 895-3241-29741.

Iklan

"Pengadu bersetuju untuk membeli seekor kucing dengan harga RM900 dan hanya perlu membayar separuh harga sahaja, selebihnya akan dibayar setelah pengadu mendapat kucing tersebut.

"Pada 23 Oktober, pengadu telah membuat pindahan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong Bank bernombor 33851035867 atas nama Tansiaupenga Siagian.

Iklan

Setelah pindahan dibuat, mangsa telah diberitahu bahawa kucing tersebut telah diposkan.

"Sepanjang proses pengeposan kucing tersebut, mangsa dikehendaki membayar beberapa wang sebagai prosedur. Bagaimanapun sehingga kini mangsa telah membuat sebanyak 14 transaksi berjumlah RM69,030," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa juga telah memberikan gambar kad pengenalan dan alamat rumah kepada peniaga tersebut.

"Atas hal itu, mangsa datang ke balai polis membuat laporan kerana mengesyaki telah ditipu, malah bimbang dokumennya disalahgunakan," katanya.

Tambah beliau, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.