Tiada unsur jenayah kes tembak peneroka Felda

Iklan
Anggota polis mengangkat mayat warga emas yang disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bukit Goh, Kuantan selepas ditemui dengan kesan tembakan di ladang sawit pada malam Selasa.

KUANTAN - Kematian seorang peneroka Felda akibat terkena tembakan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu 4 di sini pada Selasa tidak berunsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan perkara tersebut pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa, Mohamad Omar, 67, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang Selasa di Klinik Kesihatan Bukit Goh.

"Setakat ini, kita mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Pada malam Selasa, Sinar Harian melaporkan insiden kematian warga emas itu yang turut mengalami kecederaan pada bahagian dada kesan tembakan selain kesan luka pada bahagian tapak tangan.

Polis turut menemui selaras senapang patah buatan sendiri.

Iklan

Sementara itu, anak mangsa, Noraini Mohamad, 42, berkata, kejadian itu diketahui daripada ibunya yang memberitahu berlaku sesuatu kepada ayahnya dan meminta segera ke Klinik Kesihatan Bukit Goh.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu ayahnya ialah kira-kira dua minggu lalu.

"Ayah seorang yang ceria dan tidak mengambil tahu hal orang lain," katanya yang tinggal di Jabor di sini.