Selangor lancar enam projek Rumah Idaman

Iklan
Amirudin pada Pengumuman Rumah Idaman di Facebook Live beliau pada Rabu.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melancarkan Rumah Idaman di enam lokasi strategik di negeri ini bagi membolehkan rakyat memiliki rumah pertama.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, enam lokasi projek pembinaan itu ialah di Bandar Saujana Putra, Bandaraya Shah Alam, Puchong, Cybersouth Sepang dan Bandar Puncak Alam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua lokasi itu dipilih berdasarkan kawasan yang strategik dan sedang membangun.

"Tidak kira di mana lokasi Rumah Idaman anda, kerajaan negeri akan memastikan ia mudah diakses melalui lebuh raya utama dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berdekatan seperti hospital, sekolah dan universiti.

Iklan

"Kemudahan pengangkutan awam dan (kemudahan) lain ini akan membolehkan anda mendapat nilai tambah dalam kehidupan seharian," katanya ketika Pengumuman Rumah Idaman di Facebook Live Amirudin pada Rabu.

Amirudin memberitahu, Rumah Idaman bersaiz luas dan harga mampu milik selain reka bentuk praktikal yang turut dilengkapi beberapa keperluan dalam kediaman.

Iklan

Tambah beliau, Rumah Idaman itu akan dibina khas untuk rakyat yang bekerja serta tinggal di Selangor dan yang pertama kali mahu memiliki rumah.

Katanya, projek kerajaan negeri itu dilaksanakan secara kerjasama dengan MGB Berhad dan LBS Bina Group yang mempunyai 10 tahun pengalaman.

"Pembinaan rumah ini juga lebih mesra alam dan mengguna Sistem Binaan Berindustri Digital (IBS) dan teknologi pasang siap, kami yakin ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

"Selain itu, ia juga dapat mengoptimumkan kos dan meningkatkan kualiti rumah mampu milik supaya ia dapat didiami dengan selesa serta menjadi pilihan yang selamat dan cekap sekali gus mampu mengekalkan kelestarian alam sekitar," katanya.

Sementara itu, menerusi tayangan montaj Rumah Idaman memaklumkan harganya RM250,000 seunit dengan lebih 1,000 kaki persegi membabitkan tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua parkir kereta.