KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai dipandu melawan arus dalam kejadian yang berlaku di KM1.6 Lebuhraya Penchala Link, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.55 pagi itu, mangsa berkenaan, Mohd Nabil Hashim, 22, turut tercampak dari jejantas laluan berkenaan ekoran pelanggaran tersebut.