SPRM kaji, teliti aduan Najib

Iklan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji dan meneliti aduan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs, Tim Leissner berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi kenyataan dua perenggan, SPRM mengesahkan menerima aduan Ahli Parlimen Pekan itu.

Iklan
Iklan

"SPRM akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu aduan tersebut meliputi semua aspek sebelum sebarang tindakan lanjut dijalankan," katanya kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Iklan