Pengsan ketika memandu disyaki punca kemalangan

Iklan
Rakaman insiden kemalangan itu tular di media sosial pada Rabu.

KAJANG - Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda pengsan semasa memandu akibat tidak makan dipercayai punca kemalangan di Taman Jenaris di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 6 petang, lelaki berusia 39 tahun itu memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.

Iklan
Iklan

"Apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah pengsan semasa memandu, kemudian dia panik apabila tersedar dan berlaku kemalangan.

"Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mohd Zaid berkata, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan.

"Hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol, manakala ujian urin terhadap pemandu itu negatif," katanya.

Iklan

Mohd Zaid memaklumkan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Pada Rabu, tular video berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan insiden kemalangan tersebut.