Kes positif seluruh dunia lebih 244.8 juta, korban hampir 5 juta

Iklan
Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244.8 juta. - Foto fail/Reuters

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 244.8 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Iklan
Iklan

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 45 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.7 juta kes.

Iklan

United Kingdom kini catat lebih 8.9 juta kes, manakala Rusia turut memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes.

Perancis dan Turki pula mencatat lebih 7 juta kes.

Iklan

Argentina dan Sepanyol melebihi 5 juta diikuti Colombia yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.7 juta, Malaysia lebih 2.4 juta kes, Thailand dengan 1.8 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 184,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini semakin menghampiri 5 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat yang kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 740,000 kes, menjadikan angka kematian global akibat virus itu kini 4.969 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 606,000 kes, India lebih 455,000 kes, Mexico lebih 286,000 kes, sementara Rusia kini mencatat lebih 229,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 95,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 42,000 diikuti Malaysia dengan 28,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 18,000 angka korban. - Awani