LIVERPOOL meneruskan momentum kemenangan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Manchester United baru-baru ini, apabila menyingkirkan Preston North End 2-0 dalam Pusingan 16 Terbaik Piala Liga di Stadium Deepdale.
Biarpun begitu pada babak pertama The Reds asuhan Jurgen Klopp yang menurunkan barisan kedua pada perlawanan itu terpaksa berdepan tentangan sengit The Lilywhites dikemudikan Frankie McAvoy untuk kedudukan terikat tanpa jaringan.
Iklan
Iklan
Bersambung babak kedua, pelawat menggandakan asakan dan akhirnya berjaya menemui gol yang dicari hasil jaringan Takumi Minamino pada minit ke-62 selepas menyudahkan hantaran Neco Williams.
Liverpool meneruskan tekanan terhadap tuan rumah apabila Divock Origi melebarkan jurang jaringan menerusi voli pada minit ke-84 untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Untuk rekod, ia merupakan gol ke-11 Origi dalam 10 penampilan dalam kejuaraan tertua liga Inggeris tersebut.