Pemuda lelong diri RM203,644

Iklan
Aliyu Idris memberitahu dia tidak dapat mencari pekerjaan menyebabkannya membuat keputusan untuk menjual diri.

KANO - Polis agama Islam di utara Nigeria menangkap seorang lelaki yang menjual dirinya sendiri sebagai usaha melepaskan diri daripada kancah kemiskinan, kata seorang pegawai polis tempatan pada Rabu.

Lelaki itu, Aliyu Idris, 26, ditangkap pada Selasa lalu oleh polis moral di Kano selepas gambarnya di media sosial menunjukkan dia memegang plakad yang tertera ayat bahawa dirinya mahu dilelong pada harga AS$49,000 (RM203,644).

Iklan
Iklan

Kano ialah sebuah negeri yang terletak di utara Nigeria yang melaksanakan undang-undang syariah.

Seorang jurucakap polis agama, Lawal Ibrahim Fagge berkata, lelaki itu ditangkap kerana menjual diri yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang syariah.

Iklan

Menurut Fagge, Idris meninggalkan kampungnya untuk pergi ke Kano bagi mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu kemudian memberitahu bahawa dia tidak dapat mencari pekerjaan termasuk kerja-kerja kasar menyebabkannya membuat keputusan untuk menjual diri, kata jurucakap tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang pendakwaan tetapi menurut polis agama tersebut, Idris diberikan kaunseling berhubung perbuatannya. - AFP