Rusia sedia kongsi kemahiran perangi pandemik dengan epidemiologi ASEAN

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu mempelawa pakar epidemiologi dari negara anggota ASEAN untuk menyertai kursus mengenai keselamatan biologi sebagai sebahagian usaha memerangi pandemik Covid-19.

Berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-16 melalui sidang video, Putin berkata, kursus itu dijadualkan pada November-Disember di Pusat Kajian Masalah Keselamatan Biologi di Rantau Asia-Pasifik di bandar Vladivostok, Rusia.

Iklan
Iklan

Menurut Agensi Anadolu, beliau juga menggesa pembangunan prosedur untuk pengiktirafan bersama sijil vaksinasi bagi memastikan 'pergerakan tanpa halangan' kepada rakyat negara anggota ASEAN.

Putin berkata, sektor pelancongan antara yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu dan mencadangkan mesyuarat pertama ASEAN mengenai pelancongan diadakan pada Januari 2022 di luar Forum Pelancongan ASEAN di Kemboja.

Iklan

Beliau turut mencadangan mesyuarat mengenai pelancongan itu dijadikan agenda tetap ASEAN.

EAS ke-16 diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN Ke-38 dan Ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, selama tiga hari bermula Selasa, dipengerusikan Brunei. - Bernama

Iklan