40 rumah kongsi hangus di Taman Melati

Iklan
Lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR - Puluhan buah rumah kongsi berhampiran Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Putra, Taman Melati, di sini, hangus dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, seramai 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak dengan empat jentera dikejarkan ke lokasi.

Iklan
Iklan
Iklan

"Kita menerima panggilan pada jam 5.40 pagi melibatkan kebakaran 40 buah rumah kongsi.

"Sebaik tiba, api masih marak di rumah kongsi yang didiami pekerja binaan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tambahnya, api berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian dan padam sepenuhnya jam 8.12 pagi," katanya.