5,000 peluang pekerjaan di bawah Inisiatif Selangor Freelance

Iklan
Amirudin (dua dari kanan) melancarkan Inisiatif Selangor Freelance di Hotel Wyndham Acmar pada Khamis.

KLANG - Inisiatif Selangor Freelance menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran kepada warga Selangor untuk menjana pendapatan dalam sektor ekonomi gig digital.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu merupakan kerjasama antara sebuah platform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu adalah komitmen kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor yang terjejas dan hilang pendapatan disebabkan Covid-19.

"Malaysia tidak terlepas daripada kesan pandemik, peningkatan kadar pengangguran melonjak sehingga 4.5 peratus pada 2020 berbanding 3.3 peratus pada tahun sebelumnya.

Iklan

"Mujurlah pada masa yang sukar ini, ekonomi gig telah muncul dengan peluang baharu untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa," katanya pada Majlis Pelancaran Inisiatif Selangor Freelance di Hotel Wyndham Acmar pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pasaran Asia Workana, Diego Alejandro Kikuchi dan Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Jose Balaguer Salas.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin berharap inisiatif itu dapat memberikan warga Selangor berdaya saing untuk mendapatkan pekerjaan di platform kerja seperti Workana dan memperoleh pendapatan.

"Semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Selangor layak menyertai program ini. Mereka perlu melengkapkan satu siri model latihan, mendaftar dengan Workana dan menjalani proses suai tugas.

"Selepas selesai menjalani program ini, pekerja bebas akan menerima akses segera kepada projek berbayar. Pendaftaran boleh dibuat di https://selangor.workana.com," katanya.

Sementara itu, Diego Alejandro berkata, platform Workana telah berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun menunjukkan ekonomi gig digital semakin popular dan memainkan peranan penting dalam sektor pekerjaan.

Katanya, Workana teruja dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu memperkasa warga Selangor dengan kemahiran, alatan dan pengetahuan yang diperlukan untuk memanfaatkan peluang pekerjaan di bawah ekonomi gig digital.