SHAH ALAM - Jumlah kehadiran orang awam yang bertambah berbanding kebiasaan dan isu gangguan sistem menjadi antara punca berlaku kesesakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang.
Pengarah Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, selain di Klang, beberapa PAID lain antara seperti Gombak, Hulu Langat dan Petaling turut berdepan situasi sama ekoran keadaan di luar jangka itu.
Menurutnya, bagi menyelesaikan isu terbabit, beliau telah mengarahkan kakitangannya untuk membuat pengeluaran Kebenaran Menikah mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dengan menggunakan kaedah manual.
"Pengeluaran Kebenaran Menikah itu terganggu sebelum ini berikutan sistem lambat sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan dan orang beratur panjang.
"Saya telah arahkan agar pengeluaran Kebenaran Menikah dilakukan secara manual, namun Permohonan Menikah tetap dilakukan menerusi sistem," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Mohd Shahzihan berkata demikian sebagai maklum balas terhadap isu penularan foto yang memaparkan kesesakan di PAID Klang dan turut menimbulkan rungutan dalam kalangan orang awam yang berurusan di sana.
Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, pihaknya menjangkakan keadaan kesesakan itu akan kembali pulih sekitar minggu depan selepas arahan dikeluarkan bagi menukar kaedah untuk urusan pengeluaran Kebenaran Menikah terbabit.
"Kebiasaannya di Selangor, terdapat 22,000 permohonan menikah setahun dan boleh bayangkan macam mana keadaan sesak di setiap PAID apabila permohonan tertangguh sejak Jun sehingga November ini.
"Walaupun kaunter dibuka 100 peratus, namun keadaan masih sesak dan saya harap semua pihak dapat bersabar dengan keadaan ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, beliau berharap agar setiap pihak yang mempunyai sebarang aduan ada cadangan penambahbaikan dapat melakukannya mengikut saluran yang betul.
"Jangan hanya serang kami di media sosial kerana ia akan menjadi isu dan tidak menyelesaikan masalah," katanya.