BAGI mengubati rasa rindu kepada isteri tercinta, vokalis kumpulan popular Indonesia Seventeen, Ifan tidak lupa melawat pusara isterinya itu.
Perkara itu dikongsikan melalui Instagram (IG) miliknya buat netizen terharu malah turut mendapat lebih 525,248 'like'.
"Memelukmu lewat doa malam ini, berkeluh kesah seperti yang biasa aku lakukan. Rindu,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Ifan atau Riefian Fajarsyah, 36 turut berkongsi fotonya ketika berada di pusara isterinya itu.
Isterinya, Dylan Sahara yang meninggal akibat bencana Tsunami pada 22 Disember lalu.
Mengimbas ketika kejadian, Dylan berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang sebelum Tusnami membadai.
Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi turut terkorban.
Rata-rata peminat mendoakan agar Ifan terus kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan tersebut.
"Al fatihah... Semoga arwah tenang di sana ... Amin," tulis queenofurheart86.
"Kuatkan semangat kamu bangkitkan diri dari segala kesedihan... Kalau Ifan rindu, solat dan banyakkan doa untuk istri tercinta," tulis shazira984.
"Alfatihah... Moga kamu terus tabah dan reda," tulis intanina57.
Sementara itu, dalam posting berasingan, Ifan turut melahirkan hasrat untuk ke Tanah Suci Makah sekali lagi kerana itu merupakan tempat yang pernah dikunjungi bersama isteri.
"Ya ALLAH ya Rob, sudah tidak sabar untuk segera kembali kerumahmu ya ALLAH.
"Alhamdulillah tahun ini, InsyaAllah boleh kembali kesana berkat kebaikan hati," tulisnya.