ALOR SETAR - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling yang dibuka sejak tiga hari lepas ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah hari Khamis selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, PPS terlibat adalah PPS Sekolah Titi Gantung, Sekolah Kebangsaan Bandar dan Bangol Derom.