Keputusan penutupan Jalan TAR, Selasa ini

Iklan

KUALA LUMPUR - Keputusan berhubung cadangan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada semua kenderaan persendirian akan diumumkan Selasa ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata, keputusan akan dibuat selepas pihaknya menimbang syor dan pandangan yang diterima daripada masyarakat termasuk pada perbincangan terakhir bersama lapan wakil peniaga di Jalan TAR hari ini.

Iklan
Iklan

"Kami telah berbincang dengan BARA (Persatuan Peruncit Jalan Batu) dan MIBA (Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India) dan akan memberitahu keputusannya pada Selasa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khalid nafi tarik balik cadangan di Jalan TAR

Iklan

"Kami membuat keputusan dengan mengambil kira kajian dalam talian dan juga akar umbi, namun kami akan utamakan peniaga akar umbi. Buat masa sekarang ia masih 50-50 (antara yang mahu jalan ditutup dengan yang tidak)," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam itu di Menara DBKL 1, hari ini.

Katanya, perbincangan itu berjalan lancar dan masing-masing telah mengemukakan cadangan mereka untuk penambahbaikan dan pembangunan di Jalan TAR.

Iklan

Sebelum ini dilaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu kepada semua kenderaan persendirian kecuali bas awam dan pelancongan bermula 15 Mac ini.

DBKL turut akan memindahkan peniaga bazar Ramadan di kawasan sedia ada ke jalan berkenaan yang dijangka menyediakan kira-kira 250 petak perniagaan. - Bernama