Rexy mampu jelma emas sulung Olimpik

Iklan
Aaron dan Wooi Yik

JAGUH beregu, Aaron Chia percaya kehadiran legenda Indonesia, Rexy Mainaky mampu memberi 'nilai tambah' kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai penggalak prestasi barisan pemain negara dalam misi merealisasikan emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Aaron, reputasi bekas pemain Indonesia berusia 53 tahun itu yang pernah meraih kegemilangan bersama Ricky Subagja sebelum ini juga dapat memantapkan program-program jangka panjang BAM melibatkan pemain senior dan junior.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya coach Rexy merupakan antara nama besar yang pernah mewarnai dan meraih pelbagai kejuaraan bersama Ricky Subagja dalam arena badminton dunia suatu masa dulu.

"Selain itu coach Rexy pernah berkhidmat di Malaysia sebelum ini berjaya membentuk prestasi mantap bagi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sehingga berjaya menjadikan pasangan beregu lelaki negara ini digeruni pihak lawan.

Iklan

"Jadi kehadiran semula coach Rexy sememangnya dialu-alukan. Saya dan Soh Wooi Yik teruja untuk bekerjasama dengan coach Rexy dalam memastikan skuad negara dapat memberikan lebih impak pada kejuaraan pada masa depan,” kata Aaron kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Pada Isnin, BAM menerusi satu kenyataan media memaklumkan Rexy yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan dijangka melaporkan diri di Akademi BAM di Bukit Kiara pada 1 Disember ini.

Iklan

Untuk rekod, Rexy pernah berkhidmat dengan BAM dari 2005 hingga 2012 mengambil keputusan meninggalkan badan induk tersebut bagi mencari cabaran baharu.