Aktiviti letusan pada matahari dirakamkan satelit

Iklan
Gambar yang dirakamkan pada 26 Oktober lalu menunjukkan beberapa aktiviti solar yang berlaku pada matahari. - Foto NASA

WASHINGTON - Satelit Balai Cerap Dinamik (SDO) di angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merekodkan aktiviti selama lima jam di permukaan matahari pada lewat Selasa lalu.

Ketika merekodkan aktiviti tersebut, terdapat kira-kira setengah dozen letusan berlaku namun agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu tidak dapat meramalkan dengan tepat tentang apakah sebenarnya sifat semula jadi letusan tersebut.

Iklan
Iklan

Letusan itu tersembunyi di bahagian belakang permukaan matahari iaitu semasa imejnya sedang dirakamkan oleh satelit SDO tersebut, kata portal Space.com.

Pada awal bulan Julai tahun ini, berlaku salah satu letusan terbesar pada permukaan matahari iaitu yang pertama kali berlaku sejak tahun 2017.

Iklan

Letusan itu memberi kesan kepada bumi sehingga ia mengganggu gelombang rendah radio di sekitar wilayah Lautan Atlantik.

Bagaimanapun, para saintis berharap ketika bumi mengelilingi matahari, sebuah kawasan baharu dapat dirakamkan oleh satelit tersebut sekali gus membolehkan satu kajian lanjut dapat dilakukan oleh para saintis.

Iklan

Menurut NASA, tompokan atau kawasan yang lebih sejuk kelihatan gelap pada permukaan matahari berdasarkan kepada gambar yang dirakamkan oleh satelit tersebut.

Satelit itu dilancarkan dari sebuah pusat pelancaran angkasa lepas di Cape Canaveral di Florida, AS dan ia memantau aktiviti di permukaan matahari sejak tahun 2010 lagi. - Agensi