BEKAS tonggak tengah Barcelona, Cesc Fabregas menyifatkan tiada alasan untuk kelab itu tidak kembali bangkit selepas mengharungi persembahan longlai musim ini, yang menyaksikan penyingkiran pengendali Ronald Koeman.
Namun di sebalik itu, bekas tonggak Arsenal yang memulakan karier bersama Akademi Remaja Barcelona tersebut menegaskan bahawa pemilihan pengganti Koeman di Barcelona memerlukan penilaian lebih teliti.
Iklan
Iklan
"Bola sepak sudah berubah dengan cukup pantas. Malah terdapat banyak contoh boleh dilihat bagaimana pengendali baharu mampu mengubah nasib sesuatu pasukan yang berdepan situasi yang dalam sekelip mata.
"Faktor utama pada masa ini adalah pemilihan pengendali yang sesuai dan berwibawa dalam memacu kembali Barcelona," kata pemain berusia 34 tahun yang kini bersama AS Monaco selepas meraikan ulangtahun ke-18 menyarung cabaran Arsenal.
Koeman dipecat selepas Barcelona mengalami kekalahan keempat dalam enam aksi semua kejuaraan apabila tewas 0-1 ketika berdepan Rayo Vallecano beberapa hari kecundang pada Real Madrid di pentas El Clasico.
Barcelona kemudian menamakan pengendali Barca B, Sergi Barjuan sebagai pengemudi sementara dengan bekas tonggak tengah, Xavi antara pilihan teratas menggantikan Koeman.
Artikel Berkaitan