MYDIN tawar diskaun melalui kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya

Iklan

SHAH ALAM – Prihatin dengan ekonomi negara yang dilanda pandemik Covid-19, rangkaian pemborong dan runcit, MYDIN kembali menggegarkan dunia perniagaan dengan kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya.

Kempen yang menawarkan penjimatan berganda dan promosi barangan dengan harga yang cukup istimewa ini berlangsung sehingga 21 Januari 2022.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata, kempen promosi ini juga akan berlangsung di platform e-dagang MYDIN di Shopee bagi memberi kemudahan pelanggan membeli- belah secara dalam talian.

Katanya, kempen ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dan 66 syarikat pembekal terkenal antaranya Nestle, P&G, Lux, Lifebuoy, Sunsilk, Kapal Api dan Saji.

Iklan

Menurutnya, kempen promosi besar-besaran ini bagi menghargai pelanggan setia MYDIN di samping dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Ini merupakan situasi menang-menang untuk usahawan dan perniagaan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 agar dapat bangkit semula di samping menawarkan penjimatan kepada pelanggan.

Iklan

"Kempen ini juga bakal mengetengahkan barisan jenama produk tempatan bagi menggalakkan pembelian barangan tempatan. Di bawah kempen Beli Barangan Malaysia, MYDIN yang juga merupakan syarikat tempatan turut bekerjasama dengan jenama produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu mempromosi dan memperkenal kehebatan dan keunikan produk yang sesuai dengan citarasa Malaysia”,katanya.

Ameer Ali berkata, bagi menambah kemeriahan sepanjang kempen ini berlangsung, program televisyen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya juga akan bersiaran di saluran TV3 pada 30 Oktober ini, jam 2.00 sehingga 3.30 petang bagi menawarkan pelbagai jenis barangan untuk direbut dengan harga tidak masuk akal.

"Rancangan ini bakal menampilkan artis- artis tempatan tanah air antaranya Noorkhiriah, Black, Sarah Suhairi, Atu Zero dan Ag Azmeer dengan pelbagai permainan, bantuan amal dan hiburan menarik.

"Selain merebut tawaran ‘Shocking Sales’ dengan mengimbas kod QR semasa rancangan, 40 pembeli terbanyak yang bertuah juga berpeluang memenangi bekalan barangan runcit selama tiga bulan bernilai RM900.

"Bukan itu sahaja, pelbagai peraduan turut diadakan yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.00 sepanjang kempen berlangsung.”katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya, orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia atau kunjungi cawangan MYDIN berdekatan.