Klopp dalam dilema

Iklan
Sebahagian pemain Liverpool ketika menewaskan Preston pada aksi Piala Liga pada Rabu. - Foto This Is Anfield

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berdepan dilema bagi membariskan pemain terbaik di benteng pertahanan skuad kendaliannya bagi berdepan Brighton di Anfield, pada Sabtu.

Menurut Klopp, agak sukar untuk membuat pilihan bagi menurunkan pemain bagi bergandingan dengan tonggak pertahanan, Virgil van Dijk berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan ketika menewaskan Preston pada saingan Piala Liga, pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kebelakangan ini ramai pemain telah membuktikan kewibawaan masing-masing; contohnya, Joel Matip dan Joe Gomez di bahagian pertahanan dan sesiapa sahaja dilihat sesuai untuk diturunkan membantu Van Dijk.

"Selain itu, Ibahima Konate juga turut cemerlang ketika beraksi berdepan Manchester United di Old Trafford, baru-baru ini.

Iklan

"Namun, kita percaya perkara ini akan dapat diatasi kelak dan dapat menurunkan pemain dengan betul bagi menjamin kejayaan berterusan pasukan,” katanya.

Untuk rekod, Klopp telah menurunkan sebahagian besar pemain simpanan The Reds ketika berdepan Preston.

Iklan

Menurut Klopp, kesemua pemain yang diturunkan telah mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan itu hingga memberikannya banyak pilihan bagi membariskan kesebelasan untuk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

Dalam pada itu Klopp menegaskan dia turut memikirkan pemain yang bersesuaian untuk mengemudi jentera tengah The Reds berikutan kecederaan Naby Keita dan James Milner.

Katanya, sedikit rombakan mungkin akan dibuat bagi memastikan jentera tengah pasukan dapat terus berfungsi dan seterusnya membantu kejayaan pasukan.

"Dalam masa sama, kita juga mahu memastikan bahagian tengah kita dapat berfungsi dengan baik pada perlawanan itu nanti.

"Kita mahu memastikan pasukan ini dapat beraksi dengan baik dan mencatatkan kemenangan di depan penyokong sendiri,” katanya.