Siar kritikan dalam media sosial, Vietnam penjara lima wartawan

Iklan
Wartawan Vietnam dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga empat setengah tahun pada Khamis. - Foto rfa

MOSCOW - Lima wartawan Vietnam dijatuhi hukuman penjara antara dua hingga empat setengah tahun pada Khamis kerana menyiarkan laporan dalam talian yang mengkritik kerajaan Komunis, lapor media.

Sebuah mahkamah daerah berhampiran bandar selatan Can Tho mensabitkan mereka dengan kesalahan itu kerana menyalahgunakan kebebasan demokrasi melalui catatan di media sosial mereka, lapor Sputnik memetik laporan akhbar VnExpress.

Iklan
Iklan

Kelima-lima wartawan itu menubuhkan sebuah kumpulan dengan nama Kewartawanan Bersih pada Ogos 2019 di Facebook dan saluran YouTube. Ia dibubarkan selepas seorang daripada mereka ditangkap pada akhir 2020.

Kelima-lima mereka juga dilarang bekerja sebagai wartawan selama tiga tahun. -Bernama

Iklan
Iklan