Simeone kritik keputusan pengadil hadiah 2 penalti kepada Levante

Iklan
Diego Simeone

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone mengkritik keputusan pengadil perlawanan menghadiahkan dua sepakan penalti yang menyaksikan anak buahnya mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Levante awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Simeone enggan menggunakan alasan mutu pengadilan sebagai punca skuad kendaliannya itu gagal mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

Iklan
Iklan

"Pasukan kami tidak boleh guna alasan prestasi pengadil sebagai punca seri dengan Levante.

"Kami perlu bangkit dengan segera untuk memperbaiki corak permainan selepas banyak kad kuning dilayangkan pada perlawanan itu,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan tersebut, Atletico berjaya menjaringkan dua gol hasil jaringan Antoine Griezmann dan Matheus Cunhha.

Namun Levante bangkit menyamakan kedudukan selepas kekasaran di lakukan Luis Suarez dan bola terkena tangan Renan Lodi membolehkan Enis Bardhi menyempurnakan penalti.

Iklan

Untuk rekod, Atletico kini gagal mencatatkan sebarang kemenangan pada tiga perlawanan terakhir, dengan kini skuad kendalian Simoene dibezakan lima mata di belakang pendahulu LaLiga, Real Sociedad meskipun berkelebihan satu perlawanan.