Messi, Mbappe bakal terlepas aksi bertemu Lille

Iklan
Mbappe dan Messi

DUA tonggak serangan Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Lionel Messi bakal terlepas aksi bertemu Lille di Parc des Princes awal pagi esok gara-gara masalah kesihatan dan kecederaan yang dialami kedua-dua pemain tersebut.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino berkata, Mbappe ketika ini mengalami jangkitan telinga, hidung dan tekak manakala Messi menghadapi masalah kelesuan otot yang menyaksikan kedua-dua bintang itu bintang itu tidak menyertai sesi latihan semalam.

Iklan
Iklan

Kata Pochettiono, pihaknya akan membuat keputusan mengenai kecergasan Messi dan dijangka memasukkan kapten Argentina itu pada pertengahan perlawanan sekiranya dia cukup cergas.

"Kylian sudah tentu pemain yang penting buat kami. Dia tidak dapat beraksi, jadi terdapat beberapa kemungkinan mengenai siapa yang akan bermain di tengah.

Iklan

"Messi boleh bermain tetapi masih ada pilihan lain. Kita akan melihat keputusan akhirnya nanti.

"Seperti yang Pep Guardiola katakan, Messi boleh bermain di mana-mana," katanya.

Iklan